Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Malaysia dan Thailand adakan pertemuan bincang isu keselamatan sempadan

Tentera Malaysia dan Thailand adakan pertemuan bincang isu keselamatan sempadan

by Air Times News Network

MELAKA, 1 Nov – Mesyuarat  ke- 36 High Level Committee (HLC) diantara Malaysia dan Thailand telah diadakan di Melaka pada hari ini.

Mesyuarat ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan secara bergilir-gilir antara Malaysia dan Thailand.

Mesyuarat kali ini dipengerusikan secara bersama oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli dan Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand, Jeneral Ponpipaat Benyasri.

Mesyuarat ini adalah platform bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Diraja Thailand (ATDT) serta delegasi untuk membincangkan isu yang mempunyai kepentingan bersama terutamanya  tentang keselamatan di sepanjang kawasan sempadan.

“Isu yang dibincangkan oleh jawatankuasa termasuk perlaksanaan oleh Border Information Cooperation Agencies Meeting (BICAM),

“Perlaksanaan ini diadakan dan telah memberi manfaat dari segi pertukaran maklumat jenayah transnasional,  pembesaran rondaan perbatasan secara bersama serta membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadan,

“Kerjasama ini akan diteruskan dan Thailand akan menjadi tuan rumah Mesyuarat ke- 37 HLC pada tahun 2020,” jelas satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Awam J7 Angkatan Tentera Malaysia, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply