Home Pertahanan dan Keselamatan Lebih 37,000 permohonan diterima PDRM

Lebih 37,000 permohonan diterima PDRM

by Bernama

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lebih 37,000 permohonan pelbagai jawatan melalui sistem e-Pengambilan PDRM yang dilancarkan pada 23 Sept lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata pengambilan keanggotaan PDRM berkenaan adalah untuk mengisi 6,000 kekosongan pelbagai jawatan PDRM pada tahun 2020.

Beliau berkata sehingga 25 Okt lepas, PDRM menerima sebanyak 11,321 permohonan bagi jawatan Inspekstor YA13 iaitu 5,470 pemohon lelaki dan 5,851 pemohon wanita.

“Jawatan Konstabel Polis YA1 sebanyak 22,441 permohonan iaitu 11,688 pemohon lelaki dan 10,753 pemohon wanita manakala jawatan Konstabel Polis YT1 (sokongan) lelaki pula sebanyak 3,353 permohonan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan sistem e-Pengambilan PDRM di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mazlan berkata tawaran e-pengambilan PDRM hanya dibuka sehingga 8 Nov depan.

“Saya amat berbangga apabila profesion kepolisan ini sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat malah ada di antara pemohon yang sanggup berulang kali menyertai kerjaya ini.

“Semoga dengan adanya sistem e-Pengambilan PDRM ini setiap permohonan yang diterima dapat diperhalusi dan pemilihan berdasarkan keperluan semasa pasukan dapat dillaksanakan,” katanya. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply