Home Pertahanan dan Keselamatan Nilai RM1 juta adalah kecil berbanding dengan pengorbanan anggota tentera – Penasihat Yayasan Albukhary

Nilai RM1 juta adalah kecil berbanding dengan pengorbanan anggota tentera – Penasihat Yayasan Albukhary

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Penasihat Yayasan Albukhary, Datuk Seri Abdul Aziz Sahar berkata sumbangan sebanyak RM1 juta dalam Kempen Tabung Pahlawan adalah kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada negara.

“Bagi kami ini satu sumbangan yang begitu sedikit sekali untuk mengenang jasa-jasa mereka dan kita mengharapkan keamanan yang Malaysia nikmati pada hari ini akan berterusan,

“Saya berharap segala sumbangan yang  diberi pada malam ini dapat dinikmati dan diagihkan kepada para veteran untuk menjaga kebajikan mereka di masa akan datang,” kata Abdul Aziz kepada Air Times.

Yayasan Albukhary merupakan salah satu daripada 65 penyumbang dari sektor perbankan dan korporat yang diraikan semasa Majlis Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan Wisma Perwira, semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, sehingga kini sebanyak RM 7.78 juta sumbangan wang tunai telah diterima dari syarikat dan bank. Selain daripada itu, sebanyak RM 1.25 juta disumbangkan dalam bentuk tajaan.

Kempen Tabung Pahlawan 2019 telah dilancarkan oleh Tun Dr Siti Hasmah selaku penaung pada 19 September 2019.

Related Articles

Leave a Reply