Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Batal MyKad serta merta jika diperoleh secara haram – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Batal MyKad serta merta jika diperoleh secara haram

Batal MyKad serta merta jika diperoleh secara haram

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Kementerian Dalam Negeri hari ini menegaskan mana-mana MyKad yang diperolehi secara haram telah dibatalkan dengan serta-merta.

“Mana-mana kad pengenalan yang dirampas dan didapati diperolehi secara haram, tanpa melalui proses yang betul dibatalkan serta-merta,” jelas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Parit.

Menurut beliau, tindakan tersebut diambil tanpa kompromi dan tidak terhad kepada kad pengenalan yang dirampas dalam kes penjualan MyKad di Pulau Pinang.

‘Kita turut mengambil tindakan yang sama terhadap terhadap kes-kes lain,” kata Aziz.

Beliau menambah, mana-mana pihak yang terlibat dalam kes penjualan kad pengenalan di Pulau Pinang akan dikenakan hukuman yang lebih berat.

Menyentuh kes penjualan kad pengenalan di Pulau Pinang, Aziz menyatakan bahawa belum ada keperluan semasa untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kes tersebut.

“Penubuhan RCI adalah bergantung dengan hasil siasatan polis yang mungkin ada penemuan baharu,

“Siasatan kes ini kita beri kuasa penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan kita tidak akan melindungi mana-mana pegawai kerajaan yang terlibat,” jelas Timbalan Menteri.

Beliau turut menyatakan sebanyak 20 tangkapan telah dilakukan manakala 6 daripadanya telah didakwa di mahkamah.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?