Home Pertahanan dan Keselamatan Iktiraf komunis sebagai pejuang adalah satu pengkhianatan – Panglima Angkatan Tentera

Iktiraf komunis sebagai pejuang adalah satu pengkhianatan – Panglima Angkatan Tentera

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menyifatkan tindakan sesetengah pihak cuba mengangkat pihak komunis sebagai pejuang merupakan satu pengkhianatan.

“Pada saya, itu adalah satu pengkhianatan kepada negara,” tegasnya dalam Wawancara Khas Panglima Angkatan Tentera sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-86 di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Beliau menjawab soalan wartawan ketika diminta mengulas tindakan sesetengah pihak yang cuba mengangkat MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army) sebagai pejuang.

“Mengiktiraf komunis sebagai pejuang sesuatu tindakan yang tidak boleh dibenarkan,

“Anggota tentera dan pasukan keselamatan tidak kira apa bangsa sekali pun yang telah  mempertahankan tanah air dari ancaman komunis semasa darurat sudah tentu amat marah dengan kenyataan sedemikian rupa,” jelas Panglima Angkatan Tentera.

 

 

Related Articles

Leave a Reply