Home Pertahanan dan Keselamatan 95,110 veteran ATM terima Bantuan Harapan Negara – Mohamad

95,110 veteran ATM terima Bantuan Harapan Negara – Mohamad

by Bernama

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Seramai 95,110 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima RM500 seorang dibawah inisiatif Bantuan Harapan Negara 2019 sejak 27 Mei lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata pelaksanaan inisiatif itu melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM79.68 juta untuk diagihkan secara ‘one-off’ RM500 seorang kepada 159,368 veteran ATM berpencen dan tidak berpencen.

“Pemberian ini merupakan sebahagian penghargaan kerajaan kepada veteran ATM di atas kesetiaan dan pengorbanan mereka kepada negara serta menjaga kebajikan semua golongan veteran ATM,” katanya. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply