Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin kesan 24 bot laku pelbagai kesalahan di perairan Semporna

Polis Marin kesan 24 bot laku pelbagai kesalahan di perairan Semporna

by Bernama

SEMPORNA, 6 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) mengesan 24 bot pelancong serta penumpang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kesemua bot itu dikenakan kompaun dalam satu Operasi Khas antara pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari di perairan Laut Pelabuhan dan Terusan Menampilik.

“Sebanyak 92 bot diperiksa dan didapati 24 daripadanya melakukan kesalahan seperti membawa penumpang melebihi had dibenarkan serta alat-alat keselamatan tidak lengkap termasuk tiada jaket keselamatan.

“Semua kesalahan itu dirujuk kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Pajeri berkata operasi seperti itu akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan peraturan di laut dipatuhi demi keselamatan semua pihak.

“PPM bertindak bagi menguatkuasakan akta atau peraturan ke atas aktiviti di air terutama bot-bot yang membawa penumpang mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO), Akta Polis 1967 dan Kanun Keseksaan,” katanya lagi. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply