Home Pertahanan dan Keselamatan TUDM sentiasa siaga hadapi pelbagai bentuk ancaman di Sabah

TUDM sentiasa siaga hadapi pelbagai bentuk ancaman di Sabah

by Bernama

TAWAU, 10 Mei – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa bersedia memberi bantuan mengikut keperluan demi menjamin keselamatan negara dan juga sempadan kawasan Sulu.

Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato Abdul Mutalib Ab Wahab berkata, aset dan anggota berada di Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) Tawau dan juga di Labuan menjadi lembayung kepada Sabah.

“Kita membantu menangani sebarang bentuk ancaman di Sabah melalui pengawasan ruang udara dan menyokong keperluan operasi pada setiap masa.

“Kita juga sentiasa menyokong keperluan operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) dan juga Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) dalam memastikan keselamatan negara terus terjamin,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bungkusan Hari Raya kepada petugas PBOU Tawau hari, ini.

Beliau berkata, PBOU adalah sebuah pangkalan hadapan menyokong operasi udara di persekitaran kawasan negeri Sabah dan juga berperanan melaksanakan misi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan operasi.

“Bagi mendokong peranan ini, TUDM telah menempatkan aset udara dari No 7 Skuadron iaitu pesawat helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri bagi melaksanakan tugas operasi udara mengikut keperluan semasa,”katanya lagi.

Pada majlis itu, seramai 46 pegawai dan anggota yang akan bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri diraikan.

Semua pegawai dan anggota itu turut menerima duit raya sumbangan Tabung Kebajikan TUDM sebagai penghargaan ke atas pengorbanan tugas sehingga tidak pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga. – BERNAMA

Galeri foto:

Related Articles

Leave a Reply