Home Pertahanan dan Keselamatan Menteri Pertahanan bincang kerjasama pertahanan dengan Rusia

Menteri Pertahanan bincang kerjasama pertahanan dengan Rusia

by M.Daim

MOSKOW, 23 Apr – Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu berada di Moskow selama 4 hari bagi melaksanakan lawatan kerjanya di Rusia.

Kementerian Pertahanan dalam satu siaran akhbar yang dikeluarkan pada hari ini menyatakan Mohamad yang akan memberikan ucapan  bertajuk  “The Aftermath of  ISIS Defeat in Syria and Iraq, Its Implications” Persidangan ke-8 Moscow mengenai Keselamatan Antarabangsa (MCIS).

Beliau turut bertemu dengan Menteri Pertahanan Rusia, Jeneral Sergei Shoigu. Perbincangan antara kedua-dua pihak menyentuh spektrum kerjasama pertahanan khususnya berkaitan aspek latihan bersama dan pemindahan teknologi pertahanan.

Mohamad turut mengadakan pertemuan dengan pihak syarikat Rostec Corporation dan Irkut Corporation serta membuat lawatan ke syarikat-syarikat industri pertahanan lain di Rusia.

“Lawatan ini dilihat sebagai platform penting bagi menjelaskan lagi komitmen dalam mengukuhkan jaringan kerjasama dan industri pertahanan antara kedua-dua negara,” jelas pihak Kementerian Pertahanan.

Lawatan Menteri Pertahanan ke Rusia dijadualkan akan berakhir pada 25 April 2019.

Delegasi Malaysia turut disertai oleh Panglima Tentera Udara,  Jeneral Tan Sri Affendi  Buang; Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Mat Dris Yaacob dan beberapa pegawai kanan daripada Kementerian Pertahanan.

 

Related Articles

Leave a Reply