Home Pertahanan dan Keselamatan 19 manuver menarik dari KRISAKTI di LIMA’19

19 manuver menarik dari KRISAKTI di LIMA’19

by Air Times News Network

SUBANG, 19 Mac – Pasukan Tim Aerobatik Krisakti akan membuat pertunjukan professional Aerobatik secara solo bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antrabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) pada akhir Mac ini.

Persembahan itu akan dilakukan oleh sendiri oleh Ketua Pasukan Tim Krisakti, Dato’ Halim Othman.

“Krisakti akan melakukan persembahan solo iaitu satu pesawat dengan membuat 19 manuver dalam masa 10 minit,” kata Halim yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Aerotree.

Menurut beliau, Krisakti akan menghantar sebuah pesawat Extra 300L/330 untuk LIMA’19 berbanding siri pameran LIMA sebelum ini.

“Sebelum ini, Krisakti telah menghantar empat atau lima buah pesawat untuk melakukan persembahan di pameran LIMA pada tahun 2011, 2013 dan 2015,”

“Pesawat ini adalah buatan Jerman dibuat khas untuk melakukan aerobatik dan terkenal dalam pertandingan aerobatik dunia di Europah”, katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata persembahan akan terbahagi kepada dua iaitu mengenali penonton dan penerbangan.

“Kita cuba dekatkan diri dengan penonton bagi mendekatkan diri dengan anak-anak muda supaya dekat dan memberi peluang kepada yang bertuah untuk terbang sekali”, katanya.

Pada masa sama, Aerotree akan memperkenalkan bintang aerobatik dunia dari British, Mark Graham Jefferies. Mark dijangka akan membuat persembahan bersama Dato’ Halim Othman bagi merancakkan lagi persembahan solo aerobatik Aerotree di LIMA ’19

Mark Graham merupakan seorang juruterbang persembahan penerbangan gaya bebas yang berasal dari Cambridgeshire, England. Beliau merupakan salah seorang ahli pasukan Global Stars yang terdiri daripada juara-juara aerobatik British.

Pameran LIMA’19 akan berlangsung di Langkawi mulai 26 hingga ke 30 Mac 2019. Pameran dwi-tahunan yang memasuki edisi ke-15 ini merangkumi dua segmen utama iaitu segmen aeroangkasa dan segmen maritim.

Related Articles

Leave a Reply