Home Pertahanan dan Keselamatan Kerugian RM500 juta, Kementerian Pertahanan lapor PDRM,SPRM

Kerugian RM500 juta, Kementerian Pertahanan lapor PDRM,SPRM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Kementerian Pertahanan akan membuat laporan kepada pihak polis (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan ke atas 16 Projek ‘Land Swap’ (penswastaan memajukan tanah) yang menghadapi kerugian melebihi RM 500 juta.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan berkata, kementeriannya telah menerima laporan akhir siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang terhadap beberapa projek kementerian termasuk “Land Swap”.

“Laporan siasatan itu juga telah dibentangkan dan diterima dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 13 Februari lalu.

“Hasil siasatan jawatankuasa itu yang telah dibentangkan pada 28 Jan lepas mendapati terdapat 16 projek ‘land swap’ melibatkan 1286 hektar ( 2,923 ekar) tanah milik Kementerian Pertahanan bernilai RM4.756 bilion dan melibatkan kos projek sebanyak RM4.886 bilion.

“JKTUPKK juga mendapati anggaran kerugian atau ketirisan hasil Kerajaan sepanjang pelaksanaan projek land swap adalah melebihi RM500 juta,” ujar Mohamad dalam kenyataan itu.

Menurut Mohamad lagi, Kementerian Pertahanan telah dimaklumkan bahawa majoriti pelaksanaan projek land swap sebelum ini adalah tidak dirancang dengan teliti dan pemilihan syarikat pemaju tidak dilaksanakan due diligence yang komprehensif.

“Terdapat juga campur tangan politik dalam pemilihan lokasi land swap tersebut yang bertujuan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

“Keadaan tersebut telah menyebabkan sebahagian projek telah  melangkaui tempoh kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini. Malahan terdapat projek yang telah disiapkan tetapi kualiti pembinaan tidak memuaskan.

“Sehubungan itu, saya akan mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan kepada pihak PDRM, SPRM dan agensi-agensi berkaitan yang lain untuk menjalankan siasatan seterusnya mengambil tindakan lanjut seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang,” ujar Mohamad.

 

 

 

 

 

 

Related Articles

1 comment

Projek Land Swap: Kementerian Pertahanan rugi lebih RM500 juta – Air Times News Network 9 May 2019 - 3:57 pm

[…] Artikel Berkaitan: Kerugian RM500 juta, Kementerian Pertahanan lapor PDRM,SPRM […]

Reply

Leave a Reply