Home Pertahanan dan Keselamatan 360 Veteran ATM terima Pingat Jasa Malaysia

360 Veteran ATM terima Pingat Jasa Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Seramai 360 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia di sini hari ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin telah menyempurnakan majlis penganugerahan PJM Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

PJM dikurniakan kepada mereka yang mempunyai syarat-syarat kelayakkan seperti hendaklah berkhidmat dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1990, dan telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Semasa Darurat Kedua yang terlibat dalam menentang Pengganas Komunis Malaya (PKM).

Pingat ini adalah sebuah Camoing Medal yang dizahirkan melalui statusnya pada 3 Mac 2004 dan telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong serta dimartabatkan sebagai pingat terkanan di dalam ATM.

Penerima pingat ini terdiri daripada Persatuan Veteran ATM (PVATM) Kuala Lumpur, Persatuan Veteran ATM (PVATM) Selangor, Malaysia Armed Force Chinese Vaterans Association (MACVA), Persatuan Veteran India ATM (PERIM) dan Kelab Pesara Kor Perkhimatan Am (Bahagian Kerani) Tentera Darat Malaysia (KEKPAK)

Penganugerahan juga dizahirkan kepada yang telah meninggal dunia diwakili oleh balu penerima.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mej Jen Dato’ Dzulkernain Ahmad.

 

    

 

 

Related Articles

1 comment

Tong Wah Yew 26 February 2019 - 6:31 pm

Hi, bagai mana nak dapat video penuh ( 360 Veteran ATM terima Pingat Jasa Malaysia pada 16/02/2019 ) . Sebab saya salah seorang yang menerima Anugerah tersebut dari PAT yang diadakan di Wisma Perwira Angkatan Tentera KL. pada 16 /02 /2019.
Terima Kasih.

Reply

Leave a Reply