Home SemasaGlobal Tentera Zionis tembak mati remaja Palestin

Tentera Zionis tembak mati remaja Palestin

by Air Times News Network

GAZA, 9 Feb – Pegawai kesihatan Palestin berkata Tentera Zionis menembak mati dua remaja Palestin termasuk seorang remaja lelaki berusia 14 tahun semasa bantahan di sempadan Gaza semalam.

Menurut laporan Reuters, tentera rejim Israel telah melepaskan tembakan sebagai tindak balas kepada penduduk Palestin yang melemparkan bahan letupan dan batu atas pagar sempadan.

Pegawai kesihatan Gaza berkata, seorang daripada remaja terbabit ditembak semalam berusia 18 tahun dan seorang lagi 14 tahun.

Israel menyatakan mereka terpaksa menggunakan tindakan kekerasan bagi mempertahankan sempadan dirosakkan dan diceroboh.

Jurucakap tentera rejim Israel berkata, pihaknya berdepan dengan 6,000 penduduk Palestin semasa bantahan itu semalam. Beberapa orang penduduk bertindak melemparkan batu dan bahan letupan di atas pagar.

Sekurang-kurangnya 249 penduduk Palestin terbunuh akibat ditembak tentera Israel sejak Mac tahun lepas.

 

Related Articles

Leave a Reply