Home Pertahanan dan Keselamatan Panglima Tentera Udara terima Sayap Penerbangan Kehormat Brunei

Panglima Tentera Udara terima Sayap Penerbangan Kehormat Brunei

by M.Daim

BRUNEI, 8 Feb – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang telah menerima Sayap Penerbangan Kehormat dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Pemakaian sayap tersebut telah disempurnakan oleh Pemerintah Angkatan Bersama Diraja Brunei, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Terdahulu, Affendi menerima kawalan kerhormatan utama dari TUDB sejurus tiba di Pangkalan Udara Rimba.

Panglima Tentera Udara turut membuat kunjungan hormat kepada Kepimpinan Tertinggi Kementerian Pertahanan Brunei iaitu Menteri Pertahanan Kedua Brunei, Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof; Pemerintah Angkatan Bersama DiRaja Brunei, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud; dan Pemerintah TUDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

Tujuan utama lawatan rasmi Panglima Tentera Udara ke Brunei adalah bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala ketenteraan diantara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan TUDB.

Related Articles

Leave a Reply