Home SemasaGlobal Israel arah tembak kedudukan Hamas di Gaza

Israel arah tembak kedudukan Hamas di Gaza

by Noor Sheila Amin

BAITULMAQDIS, 8 Feb – Tentera Israel mengarahkan tembakan kereta kebal tepat ke arah kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza sebagai reaksi kepada bedilan roket dari wilayah Palestin itu.

Memetik laporan Berita Harian, menurut sumber keselamatan di Gaza, kedudukan Hamas terkena serangan tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Roket yang dibedil dari Gaza mencetuskan amaran di selatan Israel tetapi tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kecederaan, kata tentera dalam kenyataan.

Sumber keselamatan di Semenanjung Gaza berkata, dua roket ditembak ke arah Israel, tanpa mengulas lanjut.

Penduduk Palestin sudah berkumpul sekurang-kurangnya setiap minggu hampir setahun di pelbagai lokasi sepanjang sempadan Gaza untuk mengadakan bantahan.

Mereka mahu kembali ke rumah keluarga masing-masing selepas melarikan diri ketika perang yang mencetuskan pembentukan Israel pada 1948, dan menggesa rejim Zionis menamatkan kepungan di Gaza.

Sekurang-kurangnya 247 penduduk Palestin terkorban ditembak Israel di Gaza sejak 30 Mac lalu, majoritinya ketika bantahan di sempadan tetapi ada juga yang maut terkena tembakan kereta kebal dan serangan udara.

Dua tentera Israel terbunuh pada tempoh sama.

Rejim Zionis itu berkata, tindakan perlu untuk mempertahankan sempadan dan menyekat serangan besar-besaran ke wilayahnya.

Related Articles

Leave a Reply