Home Pertahanan dan Keselamatan Kertas Putih Pertahanan: Hanya bersifat umum, tiada rahsia didalamnya

Kertas Putih Pertahanan: Hanya bersifat umum, tiada rahsia didalamnya

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan Kertas Putih Pertahanan yang adalah bersifat umum dan tidak mengandungi apa-apa maklumat sulit.

“Panglima Angkatan Tentera tentu lebih mengetahui yang mana perlu didedahkan dan yang mana akan disebut sebagai dasar-dasar pertahanan,” katanya.

“Kita nyatakan mana yang umum tentang dasar-dasar pertahanan. Takkanlah kita nak dedahkan yang kita guna peluru dua inci setengah, kita hanya nyatakan kita ada peluru. Itu contoh sahajalah,” jelas Menteri Pertahanan.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Meja Bulat Peringkat Tertinggi Kertas Putih Pertahanan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira pada hari ini.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong.

Turut hadir, Ketua Setiuasaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, YM Tuan Haji Engku Hamzah bin Tuan Mat.

Kertas Putih Pertahanan merupakan kertas putih yang pertama dalam negara yang menyentuh aspek pertahanan nasional. Kertas Putih ini dijadualkan akan dibentangkan di Parlimen pada Julai sebelum diakses secara umum oleh rakyat Malaysia sekitar September.

 

 

Related Articles

Leave a Reply