Home SemasaGlobal Vietnam berminat anjur pertemuan Trump-Jong-un

Vietnam berminat anjur pertemuan Trump-Jong-un

by Noor Sheila Amin

HANOI, 18 Jan – Vietnam bersedia menerima kunjungan rasmi pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, kata dua sumber kepada Reuters, sementara pegawai dan diplomat berkata negara itu berminat menjadi penganjur pertemuan kedua antara Jong-un dan Presiden Donald Trump.

Menurut sumber, Jong-un akan berkunjung ke Vietnam untuk lawatan rasmi selepas Tahun Baharu Cina disambut antara 4 hingga 8 Februari depan.

Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara mengadakan rundingan peringkat tinggi di Washington minggu ini bagi membincangkan pertemuan kedua antara Trump dan Jong-un sekali gus mendapatkan perjanjian ‘sementara’ memperbaharui rundingan nuklear, kata media AS dan Korea Selatan.

Vietnam yang diperintah Komunis dan memiliki hubungan baik dengan AS dan Korea Utara, disebut-sebut sebagai tempat penganjuran kedua antara keduanya.

Negara Asia Tenggara itu berminat menganjurkan sidang kemuncak bagi menunjukkan hubungan baik dengan AS, seterusnya ketika Perang Vietnam, kata seorang pegawai kerajaan dan dua sumber diplomatik.

Sumber Vietnam itu bagaimanapun tidak mengesahkan jika lawatan rasmi oleh Jong-un akan digabungkan dengan sidang kemuncak AS-Korea Utara.

Media dikawal ketat di Vietnam dan parti pemerintah Komunis memiliki tapisan tegas maklumat.

Kementerian Luar Vietnam bagaimanapun tidak menjawab permohonan untuk mengulas perkara itu.

Seorang jurucakap Kedutaan AS di sini berkata, pihaknya tiada pengumuman berkaitan lokasi pertemuan dan merujuk soalan kepada Rumah Putih.

Trump memberitahu media di Washington 6 Januari lalu, AS dan Korea Utara sedang berunding satu lokasi sesuai untuk pertemuan kedua mereka dan ‘ia kemungkinan akan diumumkan dalam masa terdekat.’ Pegawai Rumah Putih enggan mengulas lanjut.

Pegawai atasan Korea Utara termasuk bekas ketua perisik, Kim Yong Chol, dilihat di Lapangan Terbang Beijing hari ini dan dipercayai menuju ke AS untuk bertemu Setiausaha Negara Mike Pompeo serta kemungkinan Trump.

Ditanya mengenai pertemuan peringkat tinggi minggu ini, seorang jurucakap Jabatan Negara berkata: “Kami tiada mesyuarat untuk diumumkan.”

Kedua-dua bandar ini serta bandar tengah Vietnam di Danang dianggap penganalisis lokasi mungkin pertemuan kedua pemimpin terbabit.

Related Articles

Leave a Reply