Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia boleh belajar dari Korea Selatan – Liew Chin Tong

Malaysia boleh belajar dari Korea Selatan – Liew Chin Tong

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong telah mengadakan kunjungan
hormat kepada Menteri Luar Negeri Republik Korea, Kang Kyung Wha, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi.

Pertemuan kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai topik berkaitan kepentingan bersama kedua-dua negara, termasuk kerjasama pertahanan dua hala pada masa akan datang dan isu-isu keselamatan serantau yang lain.

“Timbalan Menteri Pertahanan amat berbesar hati apabila dimaklumkan bahawa Dasar Selatan Baru yang dibawa oleh Presiden Moon Jae In memberi penekanan baru terhadap hubungan Republik Korea dengan Asia Tenggara,” kata pihak Kementerian Pertahanan Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini

Liew turut menyatakan hasratnya untuk melihat kuasa-kuasa tengah seperti Republik Korea terus memainkan peranan yang lebih besar di arena antarabangsa, supaya Malaysia boleh bekerjasama dan terus belajar daripada Republik Korea Selatan dari segi pengurusan proses demokrasi, reformasi institusi, pendidikan atau keselamatan.

Lawatan kerja Timbalan Menteri Luar Korea Selatan, Kang Kyung Wha pastinya telah memantapkan lagi hubungan dua hala yang sudah sedia erat.

Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut mengalu-alukan lawatan Presiden Moon ke Malaysia yang dijadualkan pada tahun depan.

 

Related Articles

Leave a Reply