Home Pertahanan dan Keselamatan Lawatan Menteri Pertahanan erat kerjasama Malaysia-Turki

Lawatan Menteri Pertahanan erat kerjasama Malaysia-Turki

by Air Times News Network

Istanbul, 19 Dis – Menteri Pertahanan Malaysia, Mohammad Sabu telah mengadakan lawatan rasmi ke Turki pada 17 hingga 19 Dis 18 bagi memenuhi jemputan kerajaan Turki.

Dalam rangka lawatan beliau ke Turki, Menteri Pertahanan Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Turki, Halusi Akar dan Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan.

Semasa pertemuan dengan rakan sejawatannya, satu mesyuarat bilateral antara Malaysia dan Turki telah diadakan. Mesyuarat antara kedua-dua pihak telah membincangkan kerjasama pertahanan yang merangkumi aspek latihan bersama dan pemindahan teknologi antara kedua-dua negara.

Pertemuan antara Mohamad bin Sabu dengan Presiden Turki pula membincangkan isu hubungan kerjasama dua hala, isu-isu keselamatan serantau, ancaman pengganas Daesh dan isu Rohingya.

Menteri Pertahanan Malaysia turut berpeluang untuk melihat lebih dekat kemajuan industri pertahanan Turki. beliau turut melakukan lawatan ke Istanbul Shipyard, Defence Industry Presidency, Havelsan serta Turkish Aerospace Industry.

Lawatan kerja ke Turki merupakan salah satu platform penting bagi mengukuhkan lagi komitmen dan kerjasama antara Malaysia dan Turki, jelas Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Delegasi lawatan ke Turki turut disertai oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany; Duta Besar Malaysia Ke Turki Dato’ Abd Razak Abdul Wahab dan wakil-wakil dari Kementerian Pertahanan Malaysia.

 

Related Articles

Leave a Reply