Home Pertahanan dan Keselamatan Kementerian Pertahanan umum pelantikan baharu Ahli Majlis Veteran Kebangsaan

Kementerian Pertahanan umum pelantikan baharu Ahli Majlis Veteran Kebangsaan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Kementerian Pertahanan hari ini mengumumkan pelantikan baharu ahli-ahli tetap Majlis Veteran Kebangsaan (MVK).

Pelantikan tersebut dimaklumkan dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada hari ini.

Majlis Veteran Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Pada masa yang sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dilantik Timbalan Pengerusi sementara Ketua Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bertindak sebagai Setiausaha MVK.

Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota pula dilantik menganggotai ahli MVK.

“Menurut Seksyen 3 (2) Akta Veteran 2012 juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri Pertahanan untuk melantik tidak lebih daripada lima orang ahli untuk menganggotai MVK.

“Menteri Pertahanan telah melantik Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Presiden Persatuan Veteran ATM, Kapt Datuk Shaharudin Omar (Bersara), Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM), Senator Laksamana Pertama Mohamad Imran Abdul Hamid TLDM (Bersara), Presiden Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM), Jen Tan Sri Rodzali Daud TUDM (Bersara) dan Veteran ATM, Mej Anuar Abdul Hamid sebagai ahli menganggotai MVK”, kata kenyataan itu.

Kementerian juga akan mengadakan Mesyuarat MVK buat pertama kali pada 24 Dis ini semenjak Akta Veteran 2012 diluluskan.

MVK telah diwujudkan di bawah Akta Veteran 2012 bertujuan untuk merumus, menyelaras dan memantau dasar utama serta pelan tindakan berhubung dengan hal ehwal Veteran ATM.

Ia juga berperanan menasihat dan membuat syor mengenai penggubalan atau pindaan undang-undang sedia ada supaya dapat menjamin kebajikan dan kepentingan Veteran ATM serta bertindak sebagai badan pemantau semua Persatuan-Persatuan Veteran di Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply