Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ops Yaman 2: Timbalan Menteri Pertahanan cabar Hishammuddin bangkitkan di Parlimen esok – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Ops Yaman 2: Timbalan Menteri Pertahanan cabar Hishammuddin bangkitkan di Parlimen esok

Ops Yaman 2: Timbalan Menteri Pertahanan cabar Hishammuddin bangkitkan di Parlimen esok

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong mencabar bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membangkitkan isu Ops Yaman 2 di Dewan Rakyat, esok.

Memetik laporan Berita Harian Online, Liew berkata Hishammuddin wajar berbuat demikian susulan pendedahan pembabitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Arab Saudi menerusi Ops Yaman 2, tidak mendapat kelulusan Kabinet.

Beliau menyatakan kesediaan menjawab dan berbahas dengan Hishammuddin berhubung isu itu pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan, esok.

“Beritahu dia (Hishammuddin) untuk bercakap di Dewan Rakyat esok. Saya akan jawab beliau di Parlimen,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Liew ditanya mengenai kenyataan Hishammuddin yang mendakwa Ops Yaman 2 itu diketuai dan mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), serta sudah dijawab beberapa kali di Dewan Rakyat sebelum ini.

Ops Yaman 2 perlu mendapat kelulusan Kabinet kerana tidak selari dengan kerangka dasar luar negara yang menegaskan Malaysia sebagai negara berkecuali, katanya.

Sebelum ini, Chin Tong mendedahkan pembabitan ATM dalam Ops Yaman 2 pada 2015 yang dilaksanakan ketika Hishammuddin menerajui Kementerian Pertahanan, tidak mendapat kelulusan Kabinet.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?