Home Pertahanan dan Keselamatan Anggota tentera diberkas, bantu siasatan cubaan rogol

Anggota tentera diberkas, bantu siasatan cubaan rogol

by Air Times News Network

KUCHING, 2 Dis – Seorang anggota tentera diberkas bagi membantu siasatan kes cubaan merogol seorang wanita di sebuah rumah kedai di Batu Kawah semalam.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Aidil Boolhassan berkata, suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan pada 9.15 malam tadi di sebuah kem tentera di sini.

“Hasil siasatan, suspek adalah rakan kepada teman lelaki rakan serumah mangsa. Ketika kejadian suspek yang dalam keadaan mabuk dan berbogel telah masuk ke bilik mangsa yang tengah tidur.

“Menyedari kehadiran suspek yang memegang tangannya, mangsa kemudian menjerit dan ditumbuk di bahagian muka sebelum dihalau keluar oleh rakan serumahnya yang mendengar jeritan tersebut.

“Difahamkan suspek juga sempat menendang perut rakan serumah mangsa ketika berlari keluar dari rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aidil berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Related Articles

Leave a Reply