Home Pertahanan dan Keselamatan ‘Warriors Challenge 3.0’ berjaya capai sasaran 1,200 penyertaan

‘Warriors Challenge 3.0’ berjaya capai sasaran 1,200 penyertaan

by Nurulhuda

Sungai Besi, 24 Nov – Seramai 1,200 peserta tahun ini telah menyertai acara larian ala tentera, ‘Warriors Challenge 3.0’ berbanding pada tahun lepas seramai 1,000 peserta sahaja.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menyempurnakan acara ini di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membantu UPNM untuk membawa kejohanan yang akan memasuki edisi tahun keempat itu disertai rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak seperti maraton besar yang lain, ujar Syed Saddiq.

“Memang benar KBS akan mengangkat sukan ini sebagai kejohanan tahunan peringkat nasional seperti perlumbaan besar sedia ada lain di negara ini.

“Ia bukan sekadar kejohanan marathon tetapi ia juga dapat melatih kepimpinan seseorang membakar semangat perjuangan itu dan uji kekuatan mental.

“Kejohanan ini harus diteruskan dan saya gembira ada aktiviti amal sekali dan sebahagiannya akan didermakan kepada tabung pahlawan tanpa mereka siapalah kita” katanya.

‘Warriors Challenge 3.0′ adalah acara yang dianjurkan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) bersama UPNM bagi tujuan membantu meningkatkan kutipan Tabung Pahlawan dimana penganjurannya disokong penuh oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Manakala program ini juga turut mendapat penajaan daripada AffinBank Group dan Genting Malaysia sebagai penaja utama.

Penyertaan terbuka kepada individu awam berumur 18 tahun ke atas dengan objektif untuk memberi peluang mengalami sendiri latihan dan cabaran ala ketenteraan yang sukar diperoleh selain berfungsi sebagai medium memupuk kesedaran dan semangat cintakan negara.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi mewakili Panglima Angkatan Tentera dan Naib Canselor UPNM, Lt Jen Dato’ Abdul Halim Jalal.

Penganjuran tahun ini turut memperkenalkan kategori baru iaitu kategori Elit dengan jarak larian dan cabaran sejauh 22.5km. Kategori terbuka masih mengekalkan jarak 11.2km. Cabaran baru yang turut diperkenalkan adalah cabaran merentasi air dengan jarak 100 meter di atas jet float.

Berita berkaitan : Sasaran 1,200 sertai Warrior Challenge 3.0 

Related Articles

Leave a Reply