Home Pertahanan dan Keselamatan Mohamad ke Thailand perkukuh kerjasama pertahanan

Mohamad ke Thailand perkukuh kerjasama pertahanan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Bangkok, Thailand, bermula hari ini sebagai sebahagian daripada siri lawatan pengenalan beliau ke negara jiran.

Kementerian Pertahanan, dalam satu kenyataan, memaklumkan Mohamad dijadual bertemu rakan sejawatnya, Jeneral Prawit Wongsuwon yang juga Timbalan Perdana Menteri Thailand, selain mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Jeneral Prayut Chan-o-cha.

“Lawatan ini akan membuka peluang kepada Menteri Pertahanan dan rakan sejawat beliau untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara di peringkat dua hala serta pelbagai hala.

“Di samping itu, kedua-dua menteri pertahanan juga akan turut bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan global yang mempunyai kepentingan bersama,” menurut kenyataan itu.

Mohamad juga dijadual mengadakan lawatan ke syarikat industri pertahanan Thailand dan mengadakan perjumpaan dengan rakyat Malaysia di Thailand. Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?