Beliau turut mempersoalkan keinginan disebut-sebut Kementerian Pertahanan yang dipimpin Menterinya, Mohamad Sabu membeli pesawat terbang tanpa pemandu (UAV), pesawat pemantau maritim sedangkan peruntukan dikurangkan RM2 bilion.

“Kalau dulu pun kita tidak mampu beli aset-aset sebegini, macam mana beliau nak yakinkan orang ramai bahawa aset-aset itu dapat dipenuhi dengan belanjawan dibentangkan.

“Dalam konteks penyelengaraan pula, menteri pertahanan kata penyelengaraan seperti biasa tetapi saya kaji belanjawan kali ini peruntukkan penyelengaraan pun dikurangkan 84 peratus.

“Jadi bagaimana kita nak pastikan (hal penyelenggaraan) aset-aset kita, kita boleh berpegang kepada (kata-kata) Mindef?”,  kata beliau ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.