Home Pertahanan dan Keselamatan Latihan multilateral Malaysia, China dan Thailand perkukuh hubungan ketenteraan

Latihan multilateral Malaysia, China dan Thailand perkukuh hubungan ketenteraan

by Air Times News Network

PORT DICKSON, 24 Okt  – Malaysia sekali lagi terpilih menjadi tuan rumah latihan ketenteraan melalui penganjuran Eksesais Aman Youyi 2018 (EX AY 18) mulai 22 hingga 29 Oktober di sini.

Eksesais ini adalah gabungan multilateral dwi-tahunan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dan Angkatan Tentera Diraja Thailand (RTARF).

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Markas Angkatan Bersama ATM, seramai 1,339 peserta secara keseluruhannya terlibat dalam eksesais kali ini. ATM menghantar seramai 592 peserta termasuk dua buah kapal TLDM dan dua helikopter, 693 peserta dari PLA termasuk dua kapal tentera laut serta dua helikopter, manakala RTARF pula menghantar seramai 54 peserta.

“Objektif penganjuran eksesais ini bagi meningkatkan keupayaan operasi bersama (interoperability) dan kefahaman prosedur operasi gabungan ketenteraan antara tiga buah negara, mempertingkat perkongsian pengalaman dan pengetahuan antara para peserta dalam Peace Keeping Operation (PKO) dan Peace Enforcement Operation (PEG).

“Latihan ini juga memperkukuhkan kerjasama, saling khidmat dan kesepakatan dalam menangani isu keselamatan serantau”, katanya.

Majlis perasmian eksesais ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra Syed Osman mewakili Panglima Angkatan Tentera pada hari ini.

Turut hadir PLA Deputy Chief of Joint Staff Cental Military Commission (CMC) Leftenan Jeneral Ma Yiming dan RTARF Director of Joint Operation (J3) Leftnan Jeneral Suphot Malaniyom.

Penganjuran eksesais ini dilaksanakan di sekitar Port Dickson manakala segmen maritim di sekitar perairan Pelabuhan Klang dan Selat Melaka.

Sebelum ini, eksesais ini dikenali sebagai Exercise Peace And Friendship pada tahun 2014 dan 2015 yang dilaksanakan secara bilateral melibatkan Malaysia dan China.

Buat julung kalinya pada tahun ini Thailand melalui RTARF telah melibatkan diri secara langsung sebagai peserta eksesais. Pada tahun 2016, RTARF turut mengambil bahagian dalam Iatihan ini sebagai pemerhati.

Related Articles

Leave a Reply