CARACAS, 19 Okt – Kesengsaraan akibat kemelesetan ekonomi yang melanda Venezuela sejak tahun 2015 diterjemahkan berdasarkan pengalaman dilalui setiap hari seorang remaja menerusi lakaran kartun.
Bagi kebanyakkan remaja lain yang sibuk menikmati keseronokkan meningkat dewasa selain menimba setinggi-tinggi ilmu yang ada, Gabriel Moncada, 13 tahun telah mula berfikiran matang dengan melakar kartun menggambarkan seribu satu makna kekecewaan rakan senegaranya dalam menghadapi kadar inflasi, migran selain kekurangan makanan dan ubat-ubatan.
Dalam satu lakaran pertamanya, Lady Justice dengan pedang di tangan dan sebuah beg pakaian di sebelah kiri dilihat melarikan diri dari Venezuela. Manakala lakaran kedua dalam satu babak mengisahkan seorang kanak-kanak yang menangis telah memberitahu bapanya untuk tidak mahu sekolah bermula semula oleh kerana melihat bapanya yang terseksa dengan bebanan senarai keperluan sekolah yang meningkat mahal. Dalam lakaran ketiga pula, menggambarkan rakyat Venezuela dilihat berlari ke arah ruang angkasa demi meminta bantuan.
“Kanak-kanak mula sedar (apa yang sedang berlaku), kerana mereka kini tidak lagi dihiburkan dengan tayangan filem yang menghayalkan dan sedar bahawa mereka tidak boleh berada di masa lalu. Tiada produk atau bekalan makanan di rumah.” kata Moncada, sambil duduk di meja di mana dia melukis.
“Lukisan adalah satu cara untuk menyatakan diri saya. Saya fikir ia adalah cara yang kreatif, menyeronokkan, dan berbeza untuk menterjemahkan pengalaman yang kami hadapi setiap hari,” katanya.
Ibunya yang merupakan seorang wartawan radio, Cecilia Gonzalez, 46 tahun, telah memuat naik kartun anaknya menerusi halaman Facebook miliknya sekitar lewat tahun 2016. Tindakan tersebut turut menarik perhatian salah seorang rakannya dan meminta kebenaran untuk menyiarkan karya tersebut di portal berita TeLoCuentoNews di mana dia bertugas. Hingga kini, kartun tersebut telah disiarkan selama hampir dua tahun dalam seksyen yang bernama ‘Inilah cara Gabo melihatnya,’ merujuk kepada nama samaran Moncada.
Menurut Presiden Agensi Penghijrahan dan Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Nicolas Maduro. Kemelesetan ekonomi yang melanda Venezuela telah memaksa hampir dua juta orang melarikan diri sejak tahun 2015.
Ibu Moncada mengatakan bahawa pada peringkat awal, keluarganya berusaha melindungi diri dari realiti keruntuhan negara, namun terpaksa menyerah apabila masalah dihadapi semakin jelas.
“Tidak ada yang seperti dulu, dan mereka sedar,” ujar Gonzalez. “Anda menghantar anak-anak ke sekolah namun terdapat tiga atau empat orang kanak-kanak terpaksa mencari sisa-sisa sampah sebagai makanan.”
Gambaran orang yang makan dari tong sampah muncul di salah satu lakaran Moncada, yang menunjukkan dua ekor tikus di bawah timbunan sampah manakala tangan manusia menggali timbunan itu.
Seekor tikus bertanya “Di mana makanan?” Tikus lain menjawab “Mereka telah mengambilnya dari kita.” – Reuters