Home SemasaGlobal Suu Kyi individu pertama dilucutkan kerakyatan kehormat Kanada

Suu Kyi individu pertama dilucutkan kerakyatan kehormat Kanada

by Noor Sheila Amin

OTTAWA, 3 Okt – Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi menjadi individu pertama dilucutkan kerakyatan kehormat Kanada semalam berhubung keengganannya mengecam kekejaman tentera negara itu terhadap minoriti Islam Rohingya.

Tindakan itu dimuktamadkan secara rasmi selepas Senat Kanada mengundi membatalkan penghormatan simbolik itu.

Dewan rendah Parlimen sudah meluluskan usul sama minggu lalu.

Dewan Rakyat memberi keistimewaan kepada Suu Kyi pada 2007, namun reputasi antarabangsanya sejak itu terjejas berikutan keengganannya menggesa tentera Myanmar menamatkan kekejaman dilakukan ke atas Rohingya.

Pembuat dasar Kanada menyifatkan keganasan terhadap etnik minoriti itu sebagai ‘genosid’ dalam resolusi diluluskan bulan lalu.

Kumpulan etnik itu dilayan sebagai orang asing di Myanmar, sebuah negara dengan lebih 90 peratus penduduk beragama Buddha.

Satu kempen kejam tentera sejak Ogos tahun lalu menyaksikan lebih 700,00 Muslim Rohingya lari ke Bangladesh, di mana mereka kini tinggal dalam kem pelarian penuh sesak, bimbang kembali walaupun satu perjanjian kepulangan semula dicapai.

Related Articles

Leave a Reply