Home SemasaGlobal Lagi maut akibat taufan Trami

Lagi maut akibat taufan Trami

by Noor Sheila Amin

TOKYO, 2 Okt – Empat orang maut akibat taufan Trami di Jepun, sepanjang hujung minggu lalu, lapor media tempatan, semalam, ketika kesan ribut itu menimbulkan kekacauan perjalanan ke Tokyo.

Menjelang pagi semalam, Jepun bebas daripada taufan Trami, namun anginnya yang kuat serta hujan lebat menyebabkan kerosakan sehingga menghalang jalan dan laluan kereta api.

Empat orang maut dalam ribut itu dan seorang mangsa dilaporkan hilang, kata agensi berita Kyodo memetik pihak berkuasa tempatan.

Terdahulu, pihak berkuasa tempatan dan polis berkata, salah seorang mangsa maut ditimbus tanah runtuh di Tottori, barat Jepun dan seorang lagi lemas akibat paras air tinggi di Yamanashi, barat Tokyo.

Kedua-dua lelaki itu dipercayai meninggal dunia, kelmarin, ketika ribut mula tiba ke darat di barat Jepun.

Lebih 120 mangsa cedera akibat ribut kuat itu, kata stesen televisyen kerajaan NHK.

Related Articles

Leave a Reply