Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mohamad Sabu ke Amerika Syarikat lakukan lawatan kerja – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Mohamad Sabu ke Amerika Syarikat lakukan lawatan kerja

Mohamad Sabu ke Amerika Syarikat lakukan lawatan kerja

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR 24 Sept – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kini berada di Amerika Syarikat untuk lawatan kerja dan mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) pada 25 hingga 29 Sept ini.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata Mohamad dan isteri Normah Alwi, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles pada Ahad, dijadual bertemu dengan rakan sejawatannya Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Norman Mattis.

“Lawatan kerja Mohamad ke Washington DC adalah merupakan susulan kepada pertemuan beliau dengan Mattis di Singapura pada Jun lepas.

“Tujuan lawatan kerja ini ialah untuk menyambung perbincangan berkaitan dengan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara di samping mengekalkan hubungan dua hala Malaysia dan Amerika Syarikat,” menurut kenyataan itu.

Semasa di New York pula, Mohamad dijadual menghadiri mesyuarat peringkat tertinggi berhubung ‘Action For Peacekeeping’.

Turut mengikuti lawatan kerja itu ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan pegawai-pegawai kementerian berkenaan.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?