Home SemasaGlobal China-Thailand selesai jalani latihan ketenteraan

China-Thailand selesai jalani latihan ketenteraan

by M.Daim

UDON THANI, 20 Sept – Tentera Udara Diraja Thailand (Royal Thailand Air Force – RTAF) dan Tentera Udara China (People’s Liberation Army Air Force) telah selesai menjalani latihan ketenteraan bersama di Thailand.

Latihan bersama Eks Falcon Strike 2018 merupakan edisi ke-3 siri latihan dwitahunan antara kedua-dua negara itu semenjak kali pertama diadakan pada tahun 2015.

Dalam latihan ini, RTAF telah menghantar jet pejuang Saab JAS-39 Gripen dan Dassault/Dornier Alpha Jet manakala PLAAF pula menggunakan jet pejuang Chengdu J-10.

Eks Falcon Strike 2018 telah diadakan semenjak 4 September lalu. Latihan bersama ini diadakan bagi mengeratkan kerjasama antara PLAAF dan RTAF. Selain daripada bertukar-tukar kemahiran, tentera udara dari kedua-dua negara turut  berkongsi pengalaman untuk mempertingkatkan tahap mutu latihan dan kemahiran tempur.

Kelihatan ketiga-tiga jenis jet pejuang digunakan dalam Eks Falcon Strike 2018. Dari kiri: Alpha Jet, J-10 dan Gripen.

 

Related Articles

Leave a Reply