Home Pertahanan dan Keselamatan Militan Daesh Malaysia antara tiga disenarai hitam AS

Militan Daesh Malaysia antara tiga disenarai hitam AS

by Air Times News Network

WASHINGTON, 25 Ogos – Tiga rakyat Asia Tenggara yang muncul dalam video Daesh pada 2016 menunjukkan seorang tawanan dipenggal dimasukkan ke dalam senarai hitam sekatan oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) semalam.

Perbendaraan berkata, ketiga-tiga mereka iaitu rakyat Malaysia, Mohamad Rafi Udin; rakyat Indonesia, Mohammed Karim Yusop Faiz dan warga Filipina, Mohammad Reza Lahaman Kiram mengambil bahagian dalam video dibuat di Syria pada Jun 2016 di mana anggota Daesh menghukum mati seorang tawanan.

Penolong Setiausaha Perbendaharaan untuk Perisikan Keganasan dan Kewangan, Sigal Mandelker berkata, video itu adalah ‘sebahagian satu kempen propaganda untuk menarik golongan radikal menyertai kumpulan pengganas militan di Asia Tenggara.’

Mohamad Rafi Udin antara tiga rakyat Asia Tenggara yang di senarai hitam oleh AS

Mohamad Rafi, 52, seorang militan rakyat Malaysia yang terkenal, ditahan antara 2003 hingga 2006 dalam kaitan dengan kumpulan radikal Islam, Jemaah Islamiyah (JI).

Perbendaharaan berkata, sehingga November lalu, dia dipercayai anggota paling kanan Daesh di Syria.

Mohammed Karim, 49, pula dipenjarakan di Filipina selama sembilan tahun atas dakwaan memiliki bahan letupan dan senjata. Selepas dibebaskan, dia berkunjung ke Syria pada 2014 dan menyertai Daesh.

Kerajaan AS berkata, Mohammad Reza, 28, dipercayai bertanggungjawab mengebom sebuah bas di Zamboanga, Filipina pada 2012 dipercayai masih berada di Syria berjuang untuk Daesh sehingga Januari 2017. -AFP

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!