Home SemasaGlobal Colombia iktiraf Palestin negara berdaulat

Colombia iktiraf Palestin negara berdaulat

by Air Times News Network

BOGOTA, 9 Ogos – Colombia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat, beberapa hari sebelum Presiden baharu, Ivan Duque mengambil alih jawatan, menurut sepucuk surat dari Kementerian Luar yang didedahkan kepada umum semalam.

“Saya memaklumkan, atas nama kerajaan Colombia, Presiden Juan Manuel Santos memutuskan untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas, merdeka dan berdaulat,” katanya dalam surat bertarikh 3 Ogos lalu.

Surat itu ditandatangani Menteri Luar, Maria Angela Holguin.

Menteri Luar baharu, Carlos Holmes bagaimanapun berkata, beliau akan menyemak ‘implikasi’ keputusan kerajaan sebelumnya, menurut undang-undang antarabangsa dan amalan baik diplomatik.

“Adalah menjadi keutamaan buat kerajaan untuk mengekalkan hubungan kerja sama dengan sekutu dan rakan serta menyumbang kepada perdamaian dan keselamatan di peringkat antarabangsa,” kata Holmes.

Sebelum pengumuman itu, Colombia adalah satu daripada dua negara di rantau berkenaan bersama Panama, enggan mengiktiraf status Palestin.

Bogota, sekutu Amerika Syarikat (AS), dari segi sejarah, mengekalkan hubungan rapat dengan Israel.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dijadualkan tiba di Colombia Isnin lalu namun membatalkan kunjungan saat akhir, mengatakan beliau perlu menumpukan perkembangan di sepanjang sempadan negara itu dengan Semenanjung Gaza. -AFP

Related Articles

Leave a Reply