Beliau yang tiba pada pukul 9 pagi memberi tabik hormat kepada kontinjen Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertahanan Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Ahmad Safuan Jaafar serta diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.

Seterusnya, beliau mengetik kad kehadiran di mesin perakam waktu kira-kira pukul 9.10 pagi sebelum melangkah masuk ke ruang pejabatnya bagi memulakan tugas pertamanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut, Jeneral Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Terdahulu, Zulkifli yang merupakan bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima tugas dan diberi kepercayaan untuk memulakan tugas tersebut pada 20 Jun lalu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin bergambar bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Panglima-Panglima Perkhidmatan