Home SemasaGlobal Tabiat Trump memeningkan kepala petugas White House

Tabiat Trump memeningkan kepala petugas White House

by M.Daim

WASHINGTON, 12 Jun – Tabiat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang gemar mengoyakkan dokumen yang telah digunakan menimbulkan masalah kepada petugas White House, khususnya bahagian penyimpanan rekod.

Laporan AFP yang memetik siaran Politico menyebut, Akta Rekod Presiden (Presidential Record Act) Amerika Syarikat menggariskan sebarang memo, surat, email yang digunakan oleh seorang presiden perlu disimpan dan dihantar ke Arkib sebagai rekod.

Namun begitu, tindakan Trump yang menggoyakkan sebarang dokumen menyebabkan petugas Bahagian Penyimpanan Rekod perlu berkerja lebih keras untuk memulihara dokumen tersebut, dengan menggunakan pita pelekat.

Antara dokumen yang dipulihara adalah keratan akhbar yang mempunyai catatan oleh Trump, surat jemputan dan memo dari senator.

Related Articles

Leave a Reply