Home SemasaGlobal Tidak endah amaran Putin, EU terima padah

Tidak endah amaran Putin, EU terima padah

by Noor Sheila Amin

MOSCOW, 9 Jun – Presiden Russia, Vladimir Putin semalam berkata, beliau pernah memberi amaran kepada negara Eropah beberapa tahun lalu mengenai risiko Amerika Syarikat (AS) melaksanakan dasarnya terhadap negara lain dan kini mereka ‘membayar harga’ kerana tidak menghiraukan beliau.

Bercakap kepada rakyat Russia ketika dipanggil dalam satu siaran langsung televisyen, Putin menyamakan tarif yang dikenakan Washington terhadap import logam dan aluminium dari Kanada, Mexico dan Kesatuan Eropah (EU) seperti sekatan ekonomi.

“Nampaknya rakan kita menganggap isu ini tidak akan menjejaskan mereka, politik sekatan dan halangan tidak produktif. Namun, kini kita menyaksikan ia berlaku,” katanya.

Putin berkata, beliau pernah memberi amaran mengenai perkara itu dalam ucapan di Munich pada 2007 bahawa semangat pengecualian AS dan risiko Washington melaksanakan dasarnya ke atas negara lain.

“Ia apa yang berlaku sekarang. Tiada siapa mahu mendengar, tiada siapa melakukan apa-apa untuk mengelak ia berlaku. Kini, kamu sudah kena. Makan malam sudah siap, sila duduk dan nikmatinya,” kata Putin. – Reuters

Related Articles

Leave a Reply