Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera salur air bersih di Asajaya

Tentera salur air bersih di Asajaya

by Noor Sheila Amin

ASAJAYA 8 Jun – Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja (10RRD) telah ditugaskan oleh Briged Ketiga Infantri Malaysia untuk membantu mengedar bekalan air bersih di kawasan krisis air daerah ini sejak 28 Mei lalu hingga hari ini.

Jurucakap Briged Ketiga Infantri Malaysia berkata, Pejabat Residen Samarahan memberi tanggungjawab kepada tentera untuk menempatkan tangki air 500 gelen di empat kampung iaitu Kampung Senangeh, Kampung Sungai Buloh, Kampung Rangawan dan Kampung Sungai Putin.

Tentera dan JBALB bekerjasama untuk mendapatkan bekalan air bersih

“Pengulangan bekalan dilakukan bagi menjamin keperluan air penduduk dalam keadaan mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, semalam.

Menjelas lanjut, katanya, pihak tentera turut bekerjasama dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) untuk mendapatkan bekalan air bersih di Loji Air Asajaya dan Tambirat.

“Bantuan yang diberikan kepada penduduk kampung di Asajaya ini sedikit sebanyak membantu mereka dalam menyambut Hari Gawai dengan lebih bermakna,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply