Home Pertahanan dan Keselamatan Laporan lantik panglima baru: Kebocoran serius rahsia tentera – Patriot

Laporan lantik panglima baru: Kebocoran serius rahsia tentera – Patriot

by Nurulhuda

PETALING JAYA: Sekumpulan bekas pegawai kanan tentera menggesa Kementerian Pertahanan menyiasat laporan sebuah akhbar tempatan berdasarkan dokumen sulit embargo Majlis Angkatan Tentera (MAT) mengenai kemungkinan bekas panglima tentera darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dilantik sebagai panglima angkatan tentera.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata dokumen berkaitan pelantikan Zulkifli belum diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat persetujuan.

“Ini adalah pelanggaran serius terhadap dokumen sulit MAT dan Patriot menggesa Kementerian Pertahanan menyiasat insiden ini.”

Beliau memberi amaran jika dokumen sedemikian boleh didedahkan, “kertas pertahanan sulit lain” juga mungkin dibocorkan.

Semalam, New Straits Times melaporkan pelantikan Zulkifli diluluskan MAT Khamis lalu untuk menggantikan Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang akan bersara 20 Jun ini, selepas memegang jawatan itu selama 5 tahun.

Arshad yang juga sebahagian Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan Putrajaya, turut menolak cadangan dalam media sosial yang kumpulannya campur tangan dalam pelantikan Zulkifli.

“Patriot ingin menyatakan dengan tegas yang ia tidak benar. Patriot tidak pernah membuat cadangan itu.”

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!