Home Pertahanan dan Keselamatan Menteri Pertahanan berbuka puasa bersama warga ATM

Menteri Pertahanan berbuka puasa bersama warga ATM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hadir majlis berbuka puasa bersama kira-kira 2,000 warga Angkatan Tentera Malaysia di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak di sini malam tadi.

Ketibaan Mohamad dan isteri, Normah Alwi disambut Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan panglima perkhidmatan.

Majlis tersebut merupakan acara rasmi pertama yang dihadiri Mohamad sejak memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Pertahanan pada 22 Mei lalu.

Pada majlis itu, Mohamad turut menyampaikan sumbangan raya kepada 30 orang anak yatim dan anak asnaf daripada Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang.

Related Articles

Leave a Reply