1.6K
SEOUL, 25 Mei – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan mengadakan lawatan buat kali pertama ke Korea Selatan pada 3 hingga 5 Jun ini.
Berita itu diumumkan oleh pejabat Presiden Korea Selatan, di sini, hari ini.
Rumah Biru dalam satu kenyataan berkata, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan Duterte dijangka menghadiri sidang kemuncak kedua-dua negara pada 4 Jun.
“Kedua-dua pemimpin akan membincangkan mengenai pelbagai pendekatan dalam memperkukuh pakatan dan hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Filipina,” kata kenyataan itu. – Reuters