Home SemasaGlobal 20 bom gegar Selatan Thailand

20 bom gegar Selatan Thailand

by M.Daim

PATTANI, 21 Mei – 20 butir bom meledak di beberapa wilayah Selatan Thailand. Serangan tersebut yang berlaku hampir serentak telah menyasarkan mesin pengeluaran wang automatik di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla.

 

“Pihak berkuasa telah menerima laporan empat butir bom meletup di daerah Muang, Pattani manakala masing-masing sebutir bom meletup di Saiburi, Nongchik dan Yarang. Semua menyasarkan mesin ATM,” kata Ketua Polis Pattani, Mejar Jeneral Piyawat Chalermsi, semalam.

Serangan yang mesasarkan mesin pengeluaran wang automatik musnah dalam beberapa siri serangan bom di beberapa wilayah di Selatan Thailand. Foto: Twitter.

Dalam kejadian di Muang, dua orang individu dilaporkan telah cedera akibat letupan.

 

Di Narathiwat, pihak berkuasa Thailand melaporkan lima butir bom meletup di daerah Benang Setar, Kabang dan Yaha, namun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Markas Pasukan Petugas Narathiwat di Thanto turut diserang apabila sebutir peluru grenad M79 ditembak ke markas tersebut. Namun begitu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam serangan pada jam 9 malam waktu Malaysia.

Pihak keselamatan Thailand turut melaporkan serangan bom turut berlaku di daerah Ranget dan Cho Airong, manakala sebutir bom meletup di mesin ATM di daerah Thepa, wilayah Songkla malam tadi.

Related Articles

Leave a Reply