Home Pertahanan dan Keselamatan MENHAN akan bongkar isu tanah milik ATM

MENHAN akan bongkar isu tanah milik ATM

by Noor Sheila Amin

PETALING JAYA, 13 Mei – Selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mahu
membongkar kes rasuah dan penjualan tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikatakan telah tergadai.

Beliau yang merupakan Presiden Amanah berkata, selain itu beliau juga akan menyiasat sekiranya ada unsur rasuah yang berlaku sebelum ini di bawah pemerintahan BN.

“Berkaitan keselamatan negara, kita akan mempertingkatkan lagi. Saya akan tengok apa lagi pembaharuan yang bakal dilakukan dalam ATM,” katanya selepas majlis pengumuman tiga menteri kabinet kerajaan di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Beliau juga minta diberikan masa meneliti segalanya perkara itu, memandangkan baru sahaja mengalas tanggungjawab tersebut.

Related Articles

Leave a Reply