Home Pertahanan dan Keselamatan General Atomics tawarkan UAV tercanggih kepada Malaysia

General Atomics tawarkan UAV tercanggih kepada Malaysia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 17Apr – Firma pertahanan Amerika Syarikat, General Atomics Aeronautical Systems, menawarkan UAV Predator XP kepada Malaysia.

Predator XP merupakan varian terkini siri UAV Predator keluaran syarikat tersebut. Dron ini direka untuk melaksanakan misi pemantauan dan tinjauan (ISR).

Di pameran DSA 2018, General Atomics mempamerkan model skala Predator XP yang dicadangkan untuk kegunaan ATM.

Warren Ludwig dari General Atomics berkata, Predator XP merupakan UAV yang telah terbukti keupayaannya pada peringkat global.

“Pada ketika ini, General Atomics menawarkan Predator XP untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya.

Pengarah Serantau General Atomics Aeronautical, Gregory Thomas menyatakan Predator mempunyai rekod penerbangan dan perkhidmatan yang baik pada peringkat global.

Emiriyah Arab Bersatu merupakan antara negara pengguna dron Predator dan telah melakukan perolehan penambahan secara berperingkat selepas keupayaannya terbukti dalam iklim esktrem di Timur Tengah.

Mampu untuk terbang selama 35 jam, Predator XP dilengkapi dengan sistem penerbangan dan pendaratan automatik.

Predator XP ini boleh beroperasi melebihi jangkauan ufuk (beyond line of sight).

General Atomics Aeronautical Systems merupakan Salah satu syarikat pempamer di Pameran DSA 2018.

 

 

Related Articles

Leave a Reply