Home Pertahanan dan Keselamatan PDRM buru empat pengganas Daesh

PDRM buru empat pengganas Daesh

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Apr – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan empat individu disyaki saki baki anggota kumpulan pengganas Daesh yang terbabit dalam rancangan melancarkan serangan ke atas rumah ibadat dan menculik serta membunuh anggota polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata enam anggota Daesh daripada sel yang sama telah ditangkap oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas di Johor antara 27 Feb hingga 1 Mac lepas.

“Empat lagi anggota pengganas daripada sel yang sama itu masih bebas dan berbahaya serta mampu melancarkan tindakan sehingga boleh menggangu gugat keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka adalah Muhamad Faizal Muhamad Hanafi, 29, dan bapanya, Muhamad Hanafi Yah, 51, kedua-duanya berasal dari Kampung Ketil Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan; Nor Farkhan Mohd Isa, 31, beralamat No 18, Jalan Nakhoda 21, Taman Ungku Aminah, Skudai, Johor dan Awae Wae-Eya, 37, beralamat Cho-Airong, Narathiwat, Thailand.

Mohamad Fuzi meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keempat-empat individu terbabit supaya menghubungi pegawai penyiasat dari Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Insp Mohd Badri Othman di talian 017-6727120 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Articles

Leave a Reply