Kuala Lumpur, 11 Apr – Pemuda MIC Malaysia menyifatkan manifesto yang dibentangkan Pakatan Harapan (Harapan) sebagai janji kosong Harapan untuk masyarakat India.
Ketua Pemudanya Dato’ Sivarraajh Chandran berkata semua janji-janji yang dijanjikan akan dilaksanakan jika Harapan menang sudah lama dilaksanakan oleh BN/MIC untuk masyarakat India.
“Manifesto Harapan sememangnya hanya ‘copy paste’ dari manifesto dan inisiatif BN yang sudah dilaksanakan sejak tahun 2009 dibawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib, jelasnya ketika dihubungi.
“Tidak ada yang baru dan ia terbukti dalam janji mereka pada PRU13 tetapi mereka melanggarnya”, tambahnya lagi”, ujarnya lagi.
Ini jelas menunjukkan Harapan hanya retorik dan sengaja menabur janji palsu untuk menarik minat rakyat tetapi hakikatnya mereka tiada kemampuan untuk melaksanakannya.
Tambahnya, manifesto Harapan, jauh berbeza dengan janji yang dibuat oleh BN dimana ia lebih memberi fokus kepada golongan muda melalui Manifesto Pemuda BN.