KOTA KINABALU, 6 April – Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) telah menerima lawatan sebuah kapal pembinasa (destroyer), JS (Japanese Ship) Akizuki dan sebuah kapal selam latihan, JS Michishio.
Kedua-dua aset Pasukan Pertahanan Laut Jepun (Japanese Maritime Self-Defense Force, JMSDF) telah berlayar dari Katsuren, Jepun dan akan berada di PTKK sehingga 9 April kelak. JS Akizuki dan JS Michishio kemudiannya akan meneruskan pelayaran ke Subic, Filipina.
Lawatan JMSDF kali ini merangkumi seramai 270 orang krew termasuk pelatih dan diketuai oleh Commander Escort Division 1, Kapten Ryoko Azuma.