Home SemasaGlobal Doktor peribadi Trump kini Setiausaha Hal Ehwal Veteran

Doktor peribadi Trump kini Setiausaha Hal Ehwal Veteran

by Noor Sheila Amin

Washington, 29 Mac – Donald Trump menamakan doktor peribadinya, Laksamana Muda, Ronny Jackson sebagai Setiausaha Hal Ehwal Veteran (VA), diatas pemecatan David Shulkin yang dikatakan beliau secara salah menerima tiket ke kejohanan tenis Wimbledon dan ketua kakitangannya membuat kenyataan palsu bagi membolehkan isteri Shulkin melakukan perjalanan menggunakan perbelanjaan kerajaan.

Shulkin mencetus kontroversi berikutan laporan buruk daripada Ketua Jabatan Hal Ehwal Veteran semasa lawatan beliau ke London dan Denmark.

Sumber itu berkata, seorang penolong setiausaha di Jabatan Pertahanan, Robert Wilkie akan memangku jawatan setiausaha.

Jackson, seorang Laksamana Muda Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) bertugas sebagai doktor presiden sejak pentadbiran George W. Bush, dan menjadi ketua doktor dalam memantau kesihatan Trump sejak beliau menjadi presiden.

Related Articles

Leave a Reply