Home PolitikBarisan Nasional Usul Persempadanan Semula Diganggu Pembangkang – Anuar Manap

Usul Persempadanan Semula Diganggu Pembangkang – Anuar Manap

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 28 Mac – Usul Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya persekutuan dan negeri telah diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini.

Suasana agak hangat pada permulaan persidangan apabila diganggu oleh pihak pembangkang yang menyatakan tidak puas hati terhadap usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Sekijang, Anuar bin Abd. Manap berkata walaupun ada tuduhan yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba mengambil kesempatan atas apa yang dibentangkan pada kali ini.

‘Persempadanan ini dilaksanakan lapan tahun sekali bagi mengukur sejauh manakah persempadanan sebelum ini menepati jumlah pengundi yang sedia ada’.

Selain itu, kita juga kena lihat dari segi geografi beberapa kawasan yang mendapat bantahan dan pandangan dari pihak SPR sendiri untuk mereka membetulkan semula kawasan-kawasan persempadanan ini’, tambahnya lagi.

Seperti di Parlimen Sekijang dimana SPR telah meletakkan persempadanan baru, ada kawasan yang dilihat sebenarnya nampak dekat, kedua-dua tempat itu, tapi rupa-rupanya dari segi goegrafi ia dipisahkan oleh sebuah sungai dan memerlukan jambatan untuk pengundi di kawasan A untuk mengundi di kawasan B’, katanya.

Anuar juga menjelaskan ia sebenarnya dari segi kedudukan nampak kawasan itu dekat, tapi dari segi geografi ia akan membebankan rakyat.

‘Perkara-perkara ini yang sebenarnya yang kita harapkan dari persempadanan kali ini dan turut diambil kira termasuklah perkara-perkara lain seperti jumlah pengundi yang agak ramai.

‘Sesetengah parlimen mempunyai pengundi hampir mencecah 100 ribu pengundi dan ada juga 145 ribu pengundi. Sebenarnya agak sukar untuk mereka-meraka ini tahu dan kenal siapa wakil-wakil rakyat yang mewakili mereka’.

Beliau juga menegaskan tujuan persempadanan semula kawasan pilihan raya adalah untuk mengecilkan dan memperbetulkan kawasan-kawasan persempadanan yang sebelum ini berlaku dengan kaeadah yang berlainan.

‘Dengan ini saya berharap pengundi dan rakyat lebih mudah kenal siapa wakil-wakil rakyat yang mewakili mereka’.

‘Itu antara perkara-perkara yang sebenarnya kita perlu amil tahu dan mengapa proses persempadanan ini dibentangkan secara usul di Parlimen” ujar beliau lagi.

Kali terakhir cadangan persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan adalah pada 2003 yang digunakan dalam PRU11, PRU12 dan PRU13.

Kajian persempadanan kali ini mengguna pakai daftar pemilih yang diwartakan pada 13 Mei 2016, yang terdiri daripada 11,379,352 pengundi berdaftar. Bilangan pemilih berdaftar di Tanah Melayu meningkat 36% atau kira-kira 3 juta orang.

Related Articles

Leave a Reply