Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PVATM sokong penuh kepimpinan PM – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan PVATM sokong penuh kepimpinan PM

PVATM sokong penuh kepimpinan PM

by Air Times News Network

PASIR SALAK, 25 Feb – Seramai 374 anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) cawangan Kampung Gajah hari ini menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak pernah melupakan kebajikan veteran tentera selama ini.

Ketua Cawangan PVATM Kampung Gajah Shamsuri Ahmad berkata kesemua ahli veteran sangat menghargai usaha kerajaan yang banyak menyediakan keistimewaan terutamanya dari segi kebajikan.

“Banyak manfaat dan kemudahan yang diberikan kepada veteran antaranya bantuan kerusi roda, katil dan rawatan percuma seperti pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Hospital Angkatan Tentera dari Lumut dan jualan murah hari ini yang banyak membantu kami.

“Kami bersyukur dengan adanya manfaat seperti ini yang menunjukkan kepimpinan memberi perhatian kepada kebajikan veteran sekaligus membantu meringankan beban veteran,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan PVATM Cawangan Kampung Gajah, di sini hari ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Pasir Salak itu dirasmikan Pegawai Khas Menteri Pertahanan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Dr Faizal Tajuddin.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?