Home Pertahanan dan Keselamatan Ujian Kemahiran Merentas Halangan Dan Kawad Peringkat Tentera Darat

Ujian Kemahiran Merentas Halangan Dan Kawad Peringkat Tentera Darat

by M.Daim

Kuala Lumpur, 19 Feb – Pertandingan Ujian Kemahiran Merentas Halangan Dan Kawad Peringkat (UKMHK) Tentera Darat telah pun bermula secara rasminya pada pagi tadi di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Ujian ini bermula dari 19 Februari sehingga 23 Februari 2018.

Objektif  UKMHK ini adalah untuk membina ketahanan mental, fizikal, semangat kepercayaan kepada diri dan anggota sepasukan. Selain daripada itu, ujian ini turut memupuk semangat disiplin, perpaduan dan kefahaman individu dan kumpulan. Bakat kepimpinan dapat diasah dan kemahiran pengawalan serta pemerintahan anggota turut dipertingkatkan.

“Pertandingan UKMHK ini diadakan bertujuaan untuk mencari pasukan terbaik yang berketerampilan dan berkemahiran tinggi dalam displin merentas halangan, kawad dan menembak dari semua Formasi Tentera Darat seluruh negara untuk dinobatkan sebagai juara sempena Hari Tentera Darat ke-85 pada 1 Mac 2018 nanti”.

Pemangku Briged Artileri Roket Tentera Darat, Leftenan Kolonel Ahmad Bakri Abdullah berkata acara dimulakan dengan kawad kaki melibatkan 10 pasukan yang mewakili formasi Tentera Darat.

“Untuk hari kedua, program diteruskan dengan acara merempuh halangan serta menembak secara serentak.

“Manakala majlis penutup pula akan diadakan Jumaat ini bagi menentukan johan bagi acara keseluruhan yang dipertandingkan,” katanya di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Pertandingan kali ini melibatkan seramai 70 orang pegawai dan 800 anggota.  Pertandingan ini turut mempunyai pelbagai kategori seperti Kategori Tempur, Kategori Bantuan Tempur dan Kategori Bantuan Khidmat. Turut bertanding adalah 10 tim wanita yang bertanding dalam Kategori Wanita.

 

Related Articles

Leave a Reply